Sunday, December 4, 2016

aku dan cahaya

aku pernah menangis dalam hujan ketika mencari sang
pelangi tapi yang aku dapat cuma guruh di langit.
aku pernah hilang arah tuju mencari bahagia
ketika aku kehilangan orang yang aku sayang.
aku pernah merasa bertapa hibanya hati di saat
insan yang diharapkan berada di samping pergi.
tanpa menoleh kembali..pergi tanpa sebarang kata akhir.
dan aku pernah hilang semua semangat dalam diri.
ketika aku jatuh tersungkur keseorangan dan
di dalam kegelapan aku meraba-raba mencari
andai masih ada sinar cahaya untuk aku.
dan kemudia perlahan-lahan aku bangkit dari
kejatuhan..kejatuhan yang menyebabkan aku
merasa tiada apa lagi yang hendak dikejar dalam hidup
ini..kemudian datang seorang insan..memberiku
sedikit demi sedikit cahaya..sedikit demi sedikit
makna hidup..sedikit demi sedikit makna sayang..
sedikit demi sedikit kegembiraan..dimana aku yang
telah jatuh tersungkur..terluka dahulu..kini kembali..
pulih..sedikit demi sedikit kesan calar di hati..semakin
lama semakin sembuh..dan kemudian semakin baik dan
akhirnya pulih kembali..akhirnya aku kembali baik..
lebih baik dari sebelumnya..lebih tabah dari yang dahulu..
lebih kuat mentalnya..walau kadang hati perempuan itu.
berbolak bagi..kadang sedih tanpa sebab..kadang keliru
kerana pilihan yang dibuat sendiri..kadang tidak tahu
apa hatinya mahukan..tetapi cahaya itu selalu tanpa
rasa jemu..menyinarkan ia..dan memberi ruang kepada
aku..untuk terus berani melangkah sejauh yang tidak
tahu mana hujung..sejauh yang tidak tahu entah apa
dugaannya..sejauh entah apa yang akan datang melukainya
lagi..cahaya itu seolah olah sentiasa menyokong aku
supaya teguh berdiri..dan terus berjalan sejauh mana
semahu aku..sesuka aku..dan aku..akan terus berjalan
bersama-sama cahaya itu..cahaya yang mengangkat aku
ketika aku jatuh..tersungkur..tiada harapan..kesedihan..

metaphora
cahaya : seorang insan
aku : seorang perempuan yang selalu rasa dia dah cukup
dewasa..tapi tetap menangis apabila ada guruh di langit.

p/s: jika tak mampu beri pelangi ketika hujan..janganlah
pula diberi guruh di langit.


No comments:

Post a Comment